Skip to main content

Al-Fatihah & Makna

Bagi memperoleh manfaat yang optimum, hakikat ibadah perlu difahami. Dengan mengucapkan kata-kata yang diyakini mempunyai kekuatan mistik.
Ibadah pertama yang akan dihisab ialah solat


Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Buatlah perhitungan atas amal-amal kamu sebelum Allah membuat perhitungan ke atas kamu."



Setiap gerakan dalam solat mempunyai maksud perhambaan kepada Allah.Selain itu, gerakan-gerakan dalam solat mempunyai manfaat yang besar sekiranya dilakukan dengan fokus,toma'ninah dan hudhur.
Lebih baik lagi apabila kita memahami maksud setiap gerakan dan bacaaan dalam solat.

Makna Al-Fatihah:


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.


[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Silalah amalkan dengan memahaminya.