Skip to main content

Terawih & Panduan


Solat Sunat Tarawih ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan .Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang.Tarawih ertinya beristirehat. 


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”,




Tujuan solat terawih ialah untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur. 
Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan tanpa menjadikannya wajib. 


Panduan Solat Terawih:
Solat Terawih dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.



Popular posts from this blog

Solat & Hari Jumaat ??

Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama,

Doa Hindar Malas

Doa Menghindari dari sifat malas ini mampu membantu kita yang mempunyai keinginan untuk berusaha ,janji kita percaya akan bantuan Allah. Sesunguhnya Allah benci serta murka terhadap orang Islam yang malas hendak berusaha dalam memperbaiki kehidupannya serta hanya meletakkan dan memohon doa kepada Allah tanpa usaha diri sendiri. Contohnya, seseorang pelajar itu terlalu dan sering berdoa kepada Allah agar dia lulus dalam peperiksaannya kerana dia sering gagal ,padahal sedikit usaha pun tidak dihasilkan dalam belajar dan memahami ilmu serta dugaan di dunia ini.