Skip to main content

Bahaya Tidur Subuh??




Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah).
Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan) ...



Tidur pada/lepas Subuh menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, 
Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” 
(Miftah Daris Sa’adah, 2/216). 
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.


Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
1)Tidur ketika perlu tidur.
2)Tidur di awal malam , ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3)Tidur di pertengahan siang , ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. 

Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.



Popular posts from this blog

Solat & Hari Jumaat ??

Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama,

Terawih & Panduan

Solat Sunat Tarawih ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan .Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Tarawih ertinya beristirehat.  Sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”,

Doa Hindar Malas

Doa Menghindari dari sifat malas ini mampu membantu kita yang mempunyai keinginan untuk berusaha ,janji kita percaya akan bantuan Allah. Sesunguhnya Allah benci serta murka terhadap orang Islam yang malas hendak berusaha dalam memperbaiki kehidupannya serta hanya meletakkan dan memohon doa kepada Allah tanpa usaha diri sendiri. Contohnya, seseorang pelajar itu terlalu dan sering berdoa kepada Allah agar dia lulus dalam peperiksaannya kerana dia sering gagal ,padahal sedikit usaha pun tidak dihasilkan dalam belajar dan memahami ilmu serta dugaan di dunia ini.