Skip to main content

Kelebihan untuk orang yang sakit


Sakit


Orang sakit sentiasa dikelilingi para malaikat.
Melawat orang sakit adalah amalan penting.
Nabi berkata mengikut rekod Muslim dan Iman Ahmad 


"Apabila melawat orang sakit,bicaralah yang baik-baik kerana malaikat ikut mendoakan apa yang kamu ucapkan."

Mereka diberi ganjaran atas kesabarannya menempuh ujian.


"Sesiapa yang mati dalam keadaan sakit,maka matinya adalah syahid. Dia dihindarkan seksa kubur dan dicurahkan rezeki dari syurga pada awal dan penghujung hari."




Perkara berikut harus diambil perhatian ketika SAKIT:


1. Jangan sampai berburuk sangka terhadap ALLAH atau berasa kecewa dan berputus asa.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud bahawa Allah azzawajalla berfirman "Aku hanya mengikut sangkaan hamba-KU sahaja.Kalau ia  bersangka baik kepada-KU, Akupun akan berbuat begitu.Andai ia bersangka buruk kepada KU, Akupun akan berbuat begitu Terhadapnya".
Allah mengabulkan doa hambaNYA  sesuai dengan permintaannya.Maka sentiasalah menjaga dan meluruskan niat.


2. Sebaik-baiknya jangan menghebahkan khabar sakit dan mengeluh.


3.Jangan membuang masa dengan pekerjaan yang sia-sia dengan mendengar,melihat atau bercakap perkara yang haram.


4.Jangan remehkan soal menutup aurat ketika sakit.


5. Jangan berubat dengan unsur syirik dan haram.
Antara perubatan haram yang perlu dielakkan adalah mendatangi dukun atau tukang tilik.Apabila pesakit itu bersabar menahan beratnya penyakit tersebut dan rasa sakit yang hebat, itulah lebih baik dari menempuh cara yang mengiringnya ke neraka yang menyala-nyala.





Popular posts from this blog

Solat & Hari Jumaat ??

Hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama,

Allah always with us

"If Allah with you,never to worry who is against you" Allah sentiasa bersama kita walaupun di mana jua kita sama ada dalam kesusahan atau kesenangan, janji kita sentiasa percaya yang Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Kebetulan saya ingin mencari Maher Zain dan terlihat pasal ini ,'cute' Maher Zain dalam keadaan budak ^^. 

Terawih & Panduan

Solat Sunat Tarawih ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan .Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Tarawih ertinya beristirehat.  Sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”,