Niat Tahajjud:
Di dalam kitab al-Majaz oleh Abu Ubaidah disebutkan: “Firman-Nya “kerjakanlah solat Tahajjud padanya” bermaksud berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.”
Rasulullah SAW bersabda;
“Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka"
Betapa mulianya Rasul kita yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa meletakkan Rasullulah di kedudukan yang tinggi seperti yang dijanjikan Allah.
Semoga kita mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat kelak. Amin
Kelebihan Tahajud:
Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran;
1. Dapat lidah yang hikmah
2. Diangkat kedarjat wali
3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut
Selain itu :
1. Doa-doa akan diperkenankan.
2. 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya.
3. Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur.
4. Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud.
5. Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa.
6. Termasuk Dalam Golongan Yang Dicintai Allah.
7. Ditinggikan Darjat Bagi Mereka Yang Solat Tahajjud.
8. Memudahkan Seseorang Untuk Menjadi Ahli Syurga.
9. Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud.
Rasullulah bersabda :
"Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun pada waktu malam lalu solat; kemudian dia membangunkan isterinya lalu isterinya juga solat. Jika isterinya enggan maka si suaminya memercik wajah isteri dengan air. Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada waktu malam lalu solat; kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan maka si isterinya memercik wajah suami dengan air." - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1592.
10. Dikurniakan Bilik Khas Di syurga Nanti.
Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini adalah sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." - al-Israa’ (17) : 79
Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut dilakukan di rumah sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di rumahnya sendiri.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Hendaklah kalian solat di rumah kalian, kerana sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib."
Secara umumnya solat Tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang maksimum. Malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat sunat witir.
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:
"Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam solat malam pada waktu setelah selesai Isyak sampai terbit fajar sebanyak sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua rakaat, lalu berwitir dengan satu rakaat. "